Pertubuhan Kebajikan Oasis Harapan (OH), atau dikenali sebagai Oasis of Hope (OH) dalam bahasa Inggeris, merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 15 April 2021.
OH menghulurkan bantuan terutama kepada golongan miskin dan yang memerlukan di Malaysia, tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang sosial dengan matlamat untuk memberikan harapan, perubahan dan impak terhadap masyarakat.
Visi Kami
Untuk mengubah kehidupan melalui program-program masyarakat
Misi Kami
Untuk membawa perubahan positif dan kehidupan mampan kepada masyarakat yang memerlukan; memberi bantuan dalam bentuk keperluan asas, pendidikan, peluang pekerjaan, usaha perniagaan kecil-kecilan, penjagaan kesihatan, nasihat kewangan dan lain-lain.
Fokus
- Memberikan keperluan harian seperti makanan dan barangan runcit
- Membekalkan keperluan asas dan infrastruktur seperti bekalan air bersih dan elektrik
- Pembangunan masyarakat seperti memberikan anak-anak pokok getah dan pisang untuk ditanam supaya mendapatkan hasil bagi menampung hidup mereka
- Membantu keperluan asas pendidikan dengan membekalkan buku sekolah, pakaian seragam, beg sekolah, kelas bimbingan, computer riba dan telefon bimbit
- Bantuan daripada aspek kesihatan seperti mendapatkan susu untuk anak-anak & ibu hamil, pelitup muka Covid-19, peralatan kendiri Covid-19, pembersih tangan, vitamin atau suplemen kesihatan, rawatan daripada doktor pelawat dan sebagainya
- Memberikan nasihat kewangan untuk membantu masyarakat mengendalikan aspek kewangan mereka dan memulakan perniagaan kecil-kecilan
- Membantu masyarakat untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik